Thursday, April 22, 2010

Kek coklat lembab

Salam semua..........
hai....tak tahu le kenapa.....2-3 hari ni asyik fikir pasal makan je. Nampak gayanye kalah le aku dlm pertandingan Berat Sapa Yang Paling Kurang. Ish.......ish..........leceh betoi. Camne pun aku nk share satu resepi yg aku dpt b'tahun2 dulu dari kawan aku. Mmmmm.....favourite anak2 ni.

Bahan2 A

1 buku mentega (250g)
6 biji telur
2 cawan gula pasir
2 cawan tepung naik sendiri (tepung kek Blue Key)
1 camca teh esen vanilla

Bahan2 B

1 cawan serbuk koko (beli je kt kedai kek secara timbang)
1 cawan air (air paip je)
1/2 cawan gula pasir
(masakkan semua bahan B di atas dapur. Tak perlu terlalu cair - asal rata sahaja semua bahan)


Cara2 membuatnya:
1. Pukul mentega & gula ---- hingga rata
2. Masukkan telur (satu per satu) = jgn terus terjun dlm adunan, masukkan dlm mangkuk kecil lain jd kalau telur tu rosak, kek kita selamat lg.
3. masukkan esen vanilla
4. masukkan tepung sikit demi sikit
5. masukkan bahan B yg telah dimasak td.
6. lapik loyang dgn kertas kek
7. bakar selama 35 - 40 minit (bergantung kpd jenis oven yg digunakan)

selamat mencuba!!!