Monday, July 27, 2009

TANGKAP? EDIT? GUNA?






nurul menulis:-

Salam buat semua rakan guru.
Hari ni nak bercerita bab yang agak ilmiah le sikit. Asyik2 yang ringan2 jer. Saja nak kongsi pengetahuan ni.Walaupun ilmu saya ni tak sebanyak mana tapi ada kawan kat sekolah tu kata, "ala....upload je hasil tu. mesti ada yang nak."
jadi...jeng...jeng....macam pernah nampak kan? Tapi kat mana ye? He...he...teka! Jgn tak teka. takpe...takpe....nanti saya upload lagi.Gambar ni saya dapat dari buku. Maklumlah...mengajar kat sekolah kampung ni, bukan semua bahan sesuai. Kadang2 gambar cantik tapi latihannya......mak ooi...naik berasap dibuatnya. Dah le camtu, bukannya ada untuk kumpulan keupayaan berbeza. Ni satu lagi BIG PROBLEM. Jadi, kadang2 tu saya pun buat le worksheet sendiri cuma bila bab gambar, NAIK BOTAK nak mencari dan fotostat, lepas tu kena tampal lak dan fotostat lagi, baru budak boleh guna.
Entah camne, satu hari kawan saya bagi idea ni yang memerlukan perkara2 berikut:-
BAHAN - BAHAN
1. digital camera (yg ada kad memori tu)
2. perisian ADOBE PHOTOSHOP dan ACDSEE
CARA- CARANYA
1. pilih gambar yang sesuai dari apa2 buku / majalah
2. ambil gambar
3. upload gambar ke dlm komputer
4. edit dgn ADOBE PHOTOSHOP dan ACDSEE bergilir2 sampai dapat gambar yg cantik.
Amacam? Ok tak? selamat mencuba.

Wednesday, July 1, 2009

BIna DAri DAlam diRI (BIDADARI)

nurul menulis:-

BIDADARI? Mak ooi...glamor nye nama. Tu le tanggapan pertama aku masa kawan2 kat sekolah cerita pasal suplemen khas untuk org perempuan ni. Masa tu aku tak heran pun. Maklum le aku memang dah ambil satu produk tu. Nak dijadikan ceta, satu hari tu kawan aku ni bukak le satu ceta sensasi pasal produk ni. Apalagi, naik riuh rendah le bilik guru masa tu. Bukannye apa pun tapi masing2 dah menekan2 perut - gelihati. Maklum le dah ramai, ceta yang tak seberapa pun boleh jadi hikayat terhebat zaman ini. Kadang2 bila dapat berkumpul sekali - sekala dalam bilik guru tu best gak + ada lak ceta sensasi, mesti gempak gila punya.
Nak dijadikan ceta, pada masa yang sama, aku dapat jiran baru, Mas namanye.
Masa dia mula2 pindah tu, dia dah siap gantung bunting DCL (ni syarikat yg keluarkan Bidadari). Aku buat tak heran je tapi bila dengar ceta kawan tu, teringin lak nak tahu khasiatnya. Sebelum tu, dia ada offer Bidadari tu kat aku tapi aku kata biarlah dulu. Kang bertumbuk lak ubat dalam badan. Jadi, dengan muka selambanya aku pun pergi le minta kat dia dan bawa ke sekolah untuk dikongsi dengan kengkawan. Ha....padan muka aku. Rupanya minum Bidadari ni jangan selepas "membuang air besar". Laju kesannya. Terdemam sekejap aku dibuatnya. Kawan2 aku apalagi, bagai nak rak le ketawa.
Aku test lagi. Satu hari tu, aku tidur kul 3 pagi (sembang punya hal), sebelum tidur aku makan dulu Bidadari 2 sudu besar dan esoknya bangun kul 6.30 pagi. Bila aku bangun je, aku rasa sihat je, tak mengantuk pun. Aku pun naik pelik. Biar betul. Takpe.....takpe......test lagi. Setelah test dua tiga kali, aku rasa aku rasi dengan produk ni jadi aku pun jadi ahli dan beli Bidadari 1 botol.
Mula2 minum tu gayat gak sebab tiba2 je "lewat datang bulan". Ish....biar betul ni. Rupa2 produk ni berfungsi membetulkan sistem dalaman kita dulu. Fuh.....lega.....lega. Cuma, aku terperasan yang aku tak mengalami "rengat / sakit" sewaktu datang bulan tu. Tup...tup.....dah bendera merah. Aku takde senggugut tapi biasalah kan. Rengat / sakit2 sikit masa datang bulan tu mesti ada. Aku pun terus minum, alhamdulillah masuk bulan kedua ni, datang bulan aku dah elok dah + tak sakit masa tu. Hehehehe....bestnya.
Biasa ler kita ni, bila produk tu baik / rasi untuk kita, kita pun mula le promosi kat orang lain gak. Nak jadi ceta, termakan le gak seorang kawan aku tu akan ayat2 cinta aku tu. Dia pun beli 1.
Alhamdulillah, dia pun rasi gak. Kalau dulu, bila balik sekolah mesti nak cepat sampai supaya dapat baring cepat2 + mata pun takleh bukak. Sekarang ni, ada le peningkatan sikit - tak lah penat macam dulu sampai tak ingat dunia. Sekarang ni bila balik, sempat le bertenang dulu baru merebahkan badan.
Ni aku tengah test lagi, apa rasa badan kalau makan Bidadari waktu sahur. Setakat aku tulis ni, keputusan berdasarkan pengalaman aku ni belum dapat dikeluarkan sebab baru sangat jadi tunggu je le ye. Aku tak nak kata produk ni akan elok untuk semua orang sebab kata Dr. Tuah,"berubat ni ikut rasi", jadi sesiapa yang rasa ayat2 cinta aku ni menarik, cuba le beli (seri pesona / kedai e) dan jangan lupa untuk rekodkan perubahan yang dirasai. Baru betul kan.
Ciao....