Saturday, May 30, 2009

KALA HATI MERASA KEHILANGAN.......

nurul menulis:-

Kala hati merasa kehilangan,
berhentilah sejenak;
bertafakurlah;
renungilah diri;
masihkah kita orang yang kita kenali?
atau kita telah kehilangan diri sendiri?
alangkah mudahnya merasa kehilangan ini
di kala hati jauh dari Ar-Rahman
moga kemajuan yang dikejar
bukan penyebab kita lupa diri
bukan penyebab kita hilang jati diri
bukan penyebab kita kekosongan
semoga kehilangan fizikal yang kita rasai dan alami
menjadikan kita perindu yang pasti
menjadikan kita pencinta yang tabah
semoga jasad yang hilang di mata
menjadikan kita mengakui KebesaranNya
menjadikan kita kekasihNya yang setia.

(dedikasi buat seorang teman yang kehilangan ayahndanya semoga kehilangan itu menjadikannya lebih kuat.)

Tuesday, May 19, 2009

SELAMAT HARI GURU

nurul menulis:
Lama juga tak menulis. Maaf ada hal peribadi yang tiba - tiba menghalang.
Rasanya tak terlewat untuk mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua rakan seperjuangan.
16 Mei
- satu tarikh yang telah diangkat sebagai HARI GURU. Setiap tahun, pelbagai bentuk sambutan dirancang dan biasanya aku akan terlibat juga. Sepanjang tempoh perkhidmatan ini, aku telah menyambutnya sebanyak 17 kali termasuklah tahun ini tetapi biasanya aku hanya menganggap sambutan HARI GURU sebagai satu hari di mana aku memperbaharui ikrar dan janjiku kepada anak - anak didik.
Camne pun, tiba - tiba aku tersedar, rupa2nya kehadiran aku selama ini meninggalkan kesan yang mendalam ke atas anak2 didikku. Biar bagaimanapun emosiku, bagi anak2 didikku - aku seorang guru yang ceria. Alangkah besarnya kesan perkataan itu kepada aku. Biarpun sekadar suka2 tetapi anak - anak kecil ini sentiasa tulus dan ikhlas. Biar bagaimana nakal pun mereka, mereka sebenarnya prihatin terhadap guru - guru mereka. Semalam, anak2 didik ini merasa susah hati bila melihat aku susah hati. Bila pulang ke rumah dan duduk bersendirian, aku terfikir........"alangkah kejamnya aku pada mereka. apalah yang mereka tahu? mereka cuma kanak2 yang menanti untuk dicorak masa depannya oleh aku dan rakan2 seperjuanganku yang lain."
Maka, aku pun teringatkan satu sajak yang ditulis oleh Khalil Gibran, seorang penyair terkenal dari Lubnan.

CHILDREN
You may give them your love but not your thoughts,
For they have their own thoughts;
You may house their bodies but not their souls,
For their souls dwell in the house of tomorrow;
Which you cannot visit; not even in your dreams.
You may strive to be like them, but seek not to make them like you.
For life goes not backward, nor tarries with yesterday.
Khalil Gibran
Lubnan : 1883 - 1931

Sunday, May 10, 2009

SELAMAT HARI IBU

Nurul menulis:-

SELAMAT HARI IBU

BUATMU:-

YANG BERGELAR IBU;

YANG BAKAL BERGELAR IBU;

YANG JIKA DIPANJANGKAN UMUR, AKAN MENJADI IBU;

SEMOGA..............

SETIAP LANGKAH KITA LANGKAH BERHIKMAH;

MEMBINA GENERASI BERMARUAH BERTULANGKAN PERINTAH ALLAH;

MEMBINA PERADABAN BANGSA BERSENDIKAN SUNNAH RASULULLAH S.A.W;

MENCANAI MINDA DAN AKAL BUDI BERBEKAL BUDAYA BANGSA;

KERANA ..........

mahu atau tidak, kitalah segalanya.

Lembut dalam memegang amanah;
Sopan dalam tutur kata;
Halus hati mengasuh generasi;
Sabar mendidik tunas bangsa;
Namun....
jangan disalah-sangka,
lembutnya, sopannya, halus hatinya dan sabarnya itu....
bukan bermakna lemah jiwa dan semangatnya
kerana
lembutnya, sopannya, halusnya dan sabarnya itu
seumpama air yang mengalir di setiap ceruk dunia;
mampu mengubah apa saja.

SELAMAT HARI IBU, EMAK.
BIAR TAK TERUCAP NAMUN ENGKAULAH RATU HATIKU.

Sunday, May 3, 2009

Detox @ menyahtoksik 3

Nurul menulis:

Detoks ialah satu proses mengeluarkan racun dari badan kita. Walaupun berpuasa merupakan satu bentuk detoks yang paling berkesan tetapi ada juga yang tidak dapat mengawal pemakanannya semasa bulan puasa (Ramadhan), jadi mari kita cuba cara ini pula.

Kaedah detoks:
1. juice fasting (paling sihat dan selamat)
- berpuasa dari mengambil makanan pejal dan berbentuk asid dalam tempoh tertentu.
- hanya mengambil jus buah - buahan segar sepanjang hari dalam saiz yg ditentukan.
- sesuai untuk penderita kanser, diabetes / penyakit buah pinggang.

2. water fasting
- berpuasa dari mengambil makanan pejal dan berbentuk asid dalam tempoh tertentu.
- hanya mengambil air putih


(KEDUA - DUA KAEDAH INI HANYA BOLEH DILAKUKAN DI BAWAH PENGAWASAN DOKTOR / PAKAR SHJ.)

DCL menyarankan pengambilan "Air OXY-PI D'ionik" semasa tempoh ini kerana kandungan oksigennye yg tinggi, diikuti dengan pengambilan Inte-cleanse & RyIlek.

Jangan LUPA! Setiap proses detoks hendaklah dilakukan dalam keadaan yang relaks. Malah bagi memastikan ianya berkesan, kita disarankan supaya berehat.

Hai... letih juga rupanya nak sihat ni. Bagaimanapun biarlah saya kongsi satu cerita ni (cerita tentang saya) - semoga menjadi iktibar bagi semua.

Saya ni bukanlah gemuk sangat. Saiz biasa je untuk perempuan yang dah berkahwin tetapi kalau pasal berat badan.......ramai kawan - kawan yang terkejut. Tak padan berat saya tu dengan saiz sebab saya sangat berat. Saya selalu je sakit kepala. Asal "cuti - cuti wanita sedunia", mesti sakit kepala. Kadang2 tu rasa nak ambil penukul & ketuk kepala ni. Nak dijadikan cerita, awal tahun lepas saya "tumbang". Cuti sakit yang diambil boleh "cover" cuti sakit yang saya tak pernah ambil selama bertahun - tahun kerja. Kalau ada pun, cuti bersalin je. Berat badan tak usah cerita le, takut menengoknye. Mana taknye, cuti sekolah 2 bulan, berat badan pun naik 2 kg gak. Bila tengok gambar awal cuti dan hujung cuti, macam langit dan bumi saiznye. Kaki pun asyik sakit, dah rasa macam orang umur 50 tahun. Saya pun ambil keputusan untuk cari rawatan alternatif sebab nak sihat. Rawatan doktor tak payah cakap le. Buang karan je. Bila pergi dia kata sebab angin. Saya pun cuba le berbekam. Gayat + takut gak tapi nak sihat punya pasal, ok je. Lepas tu pergi pula buat rawatan pelansingan sebab nak bakar lemak tepu dalam badan.(yang biasa2 je). Alhamdulillah, ada le perubahan sikit. Sekarang ni tengah ambil BIDADARI dari DCL(www.seripesona.com).Yang bestnya ialah bila ambil Bidadari ni mengikut dosnya, kita jadi kurang letih tau. Tambahan pula kalau pada masa yang sama kita ambil RGC (Red Guara Cafe) DCL. Memang kurang gila2 le letihnya.

APA PUN MAKANAN TAMBAHAN YANG KITA MAKAN, SATU PERKARA YANG SAYA PELAJARI DARI EMAK SAYA IALAH KITA MESTI SABAR DAN JANGAN PUTUS ASA KERANA UNTUK SIHAT, IANYA TAK DATANG SEKELIP MATA TETAPI PERLU SENTIASA DIPUPUK DAN DIJAGA.

ciao...

Detox @ menyahtoksik 2

Nurul menulis:-
Dalam bhgn 2 ni, saya akan tambah lagi ceta saya tentang detoks. Rupa2nya macam2 yang kita kena tahu bagi memastikan usaha kita tak sia2

KEBAIKAN DETOKS / MENYAHTOKSID
1. dapat menormalkan pH (kadar asid) pencernaan
2. meringankan beban fungsi enzim di pankreas
3. melancarkan fungsi hempedu & mencairkan cairan hempedu
4. mengurangkan lemak & penyumbatan pada hati
5. mewujudkan flora usus
6. melancarkan pembuangan lendir dan sisa drpd dinding usus
7. pembuangan yang lebih lancar
8. membersihkan darah
9. membersihkan saluran kencing
10. membuka pori - pori kulit
11. mengeluarkan lendir daripada paru2 & melancarkan pernafasan.
Wah...banyak betul kebaikan detoks ni kan. Camne pun, kalau kita ni gila2 terlebih beratnya, maka apa kata kita cuba produk DCL ni, INTE-CLEANSE & ryILEX. Kesannya memang la lambat sikit tapi "biar lambat asal sihat". Suplemen ryILEX ni akan membantu kita "membakar kolesterol dalam darah","melembutkan saluran darah yang telah mengeras",dan "membuka saluran darah" yang tersumbat. Produk ni juga bagus dijadikan amalan oleh mereka yang mengidap sakit jantung, stroke dan ketegangan leher.

Camne pun selamat mencuba.
Inginkan produk DCL? www.seripesona.com /www.kedai-e.net sentiasa menanti.

Friday, May 1, 2009

Detox @ menyahtoksik 1

Nurul menulis:-
Mmm......ni le topik yang paling hangat di pasaran sekarang ni terutama di kalangan kaum wanita dan juga kaum lelaki yang mementingkan kesihatan. Camne pun kali ni saya nak kongsi satu info yang saya dapat dari majalah RAPI keluaran 15 Januari 2009. Sebenarnye tak le rajin sangat nak beli apa2 majalah tapi sebab isunya menarik, maka saya pun beli. Lagipun masa saya jumpa majalah tu, saya juga dalam proses mencari kaedah "detox" yang sesuai.

APA ITU DETOKS / NYAHTOKSID ?
Ianya satu proses pengeluaran racun / zat2 yang bersifat racun daripada tubuh.Proses pembersihan tubuh ini akan meningkatkan proses semulajadi pengeluaran toksin.

MENGAPA PERLU DETOKS ?
Salah satu sebab berlakunya pelbagai penyakit seperti sembelit, demam, berat badan berlebihan, selulit, kadar kolesterol yang tinggi adalah kerana keracunan usus. Keracunan usus pula terjadi kerana kita sering mengambil makanan yang dimasak secara berlebihan atau makanan diproses. Makanan yang datang dari haiwan seperti daging dan lemak juga menyebabkan tubuh mengalami "acidosis" (berlebihan asid dalam tubuh). Ini semua memerlukan kita melakukan proses detoks bagi menjamin kesihatan tubuh.

ORGAN YANG TERLIBAT DALAM PROSES DETOKS.
Usus besar (pengeluaran) dan hati (detoksifikasi)

MANFAAT DETOKS.
1. meremajakan sel2 kulit menjadikannya lebih bersih, sihat & lembut.
2. menurunkan berat badan berlebihan
3. meningkatkan tenaga
4. meningkatkan deria bau, rasa dan dengar
5. melancarkan peredaran darah
6. memperbaiki daya ingatan
7. menghilangkan gejala2 penyakit seperti alahan dan sakit kepala.
8. memperbaiki kadar gula darah & tekanan darah.
9. memperbaiki fungsi hati & buah pinggang
10. meningkatkan daya tahan tubuh.

TERAPI DETOKS YANG PALING TUA.
Puasa.

-----Puasa memang merupakan proses detoks yang paling efektif dan semula jadi. Bagaimanapun pola pemakanan kita yang tidak menentu dan tidak teratur menjadikan tubuh badan kita ni "tong penyimpanan toksid bergerak". Apatah lagi tanpa sedar ada masanya bulan puasa menjadi bulan pesta makanan berminyak, berlemak dan bergula.Jadi, mahu atau tidak kita perlukan juga satu bahan yang boleh membantu kita mengorek dan mengeluarkan bahan2 yang sudah lama tersimpan tu.
Apakata kita cuba INTE-CLEANSE dari DCL. Saya ada juga makan suplemen ni. Senang je makannya sebab dia dalam bentuk kapsul. Di samping berpuasa, dengan mengambil suplemen ni, selain dapat membersihkan usus, ia juga dapat membina usus, melawaskan pembuangan najis dan melegakan sembelit. Malah, bagi sesetengah pengguna, macam2 lagi faedah sampingan yang dia orang dpt. (maklumat lanjut di www.seripesona.com / kedai-e.net)