Sunday, May 3, 2009

Detox @ menyahtoksik 3

Nurul menulis:

Detoks ialah satu proses mengeluarkan racun dari badan kita. Walaupun berpuasa merupakan satu bentuk detoks yang paling berkesan tetapi ada juga yang tidak dapat mengawal pemakanannya semasa bulan puasa (Ramadhan), jadi mari kita cuba cara ini pula.

Kaedah detoks:
1. juice fasting (paling sihat dan selamat)
- berpuasa dari mengambil makanan pejal dan berbentuk asid dalam tempoh tertentu.
- hanya mengambil jus buah - buahan segar sepanjang hari dalam saiz yg ditentukan.
- sesuai untuk penderita kanser, diabetes / penyakit buah pinggang.

2. water fasting
- berpuasa dari mengambil makanan pejal dan berbentuk asid dalam tempoh tertentu.
- hanya mengambil air putih


(KEDUA - DUA KAEDAH INI HANYA BOLEH DILAKUKAN DI BAWAH PENGAWASAN DOKTOR / PAKAR SHJ.)

DCL menyarankan pengambilan "Air OXY-PI D'ionik" semasa tempoh ini kerana kandungan oksigennye yg tinggi, diikuti dengan pengambilan Inte-cleanse & RyIlek.

Jangan LUPA! Setiap proses detoks hendaklah dilakukan dalam keadaan yang relaks. Malah bagi memastikan ianya berkesan, kita disarankan supaya berehat.

Hai... letih juga rupanya nak sihat ni. Bagaimanapun biarlah saya kongsi satu cerita ni (cerita tentang saya) - semoga menjadi iktibar bagi semua.

Saya ni bukanlah gemuk sangat. Saiz biasa je untuk perempuan yang dah berkahwin tetapi kalau pasal berat badan.......ramai kawan - kawan yang terkejut. Tak padan berat saya tu dengan saiz sebab saya sangat berat. Saya selalu je sakit kepala. Asal "cuti - cuti wanita sedunia", mesti sakit kepala. Kadang2 tu rasa nak ambil penukul & ketuk kepala ni. Nak dijadikan cerita, awal tahun lepas saya "tumbang". Cuti sakit yang diambil boleh "cover" cuti sakit yang saya tak pernah ambil selama bertahun - tahun kerja. Kalau ada pun, cuti bersalin je. Berat badan tak usah cerita le, takut menengoknye. Mana taknye, cuti sekolah 2 bulan, berat badan pun naik 2 kg gak. Bila tengok gambar awal cuti dan hujung cuti, macam langit dan bumi saiznye. Kaki pun asyik sakit, dah rasa macam orang umur 50 tahun. Saya pun ambil keputusan untuk cari rawatan alternatif sebab nak sihat. Rawatan doktor tak payah cakap le. Buang karan je. Bila pergi dia kata sebab angin. Saya pun cuba le berbekam. Gayat + takut gak tapi nak sihat punya pasal, ok je. Lepas tu pergi pula buat rawatan pelansingan sebab nak bakar lemak tepu dalam badan.(yang biasa2 je). Alhamdulillah, ada le perubahan sikit. Sekarang ni tengah ambil BIDADARI dari DCL(www.seripesona.com).Yang bestnya ialah bila ambil Bidadari ni mengikut dosnya, kita jadi kurang letih tau. Tambahan pula kalau pada masa yang sama kita ambil RGC (Red Guara Cafe) DCL. Memang kurang gila2 le letihnya.

APA PUN MAKANAN TAMBAHAN YANG KITA MAKAN, SATU PERKARA YANG SAYA PELAJARI DARI EMAK SAYA IALAH KITA MESTI SABAR DAN JANGAN PUTUS ASA KERANA UNTUK SIHAT, IANYA TAK DATANG SEKELIP MATA TETAPI PERLU SENTIASA DIPUPUK DAN DIJAGA.

ciao...