Friday, May 1, 2009

Detox @ menyahtoksik 1

Nurul menulis:-
Mmm......ni le topik yang paling hangat di pasaran sekarang ni terutama di kalangan kaum wanita dan juga kaum lelaki yang mementingkan kesihatan. Camne pun kali ni saya nak kongsi satu info yang saya dapat dari majalah RAPI keluaran 15 Januari 2009. Sebenarnye tak le rajin sangat nak beli apa2 majalah tapi sebab isunya menarik, maka saya pun beli. Lagipun masa saya jumpa majalah tu, saya juga dalam proses mencari kaedah "detox" yang sesuai.

APA ITU DETOKS / NYAHTOKSID ?
Ianya satu proses pengeluaran racun / zat2 yang bersifat racun daripada tubuh.Proses pembersihan tubuh ini akan meningkatkan proses semulajadi pengeluaran toksin.

MENGAPA PERLU DETOKS ?
Salah satu sebab berlakunya pelbagai penyakit seperti sembelit, demam, berat badan berlebihan, selulit, kadar kolesterol yang tinggi adalah kerana keracunan usus. Keracunan usus pula terjadi kerana kita sering mengambil makanan yang dimasak secara berlebihan atau makanan diproses. Makanan yang datang dari haiwan seperti daging dan lemak juga menyebabkan tubuh mengalami "acidosis" (berlebihan asid dalam tubuh). Ini semua memerlukan kita melakukan proses detoks bagi menjamin kesihatan tubuh.

ORGAN YANG TERLIBAT DALAM PROSES DETOKS.
Usus besar (pengeluaran) dan hati (detoksifikasi)

MANFAAT DETOKS.
1. meremajakan sel2 kulit menjadikannya lebih bersih, sihat & lembut.
2. menurunkan berat badan berlebihan
3. meningkatkan tenaga
4. meningkatkan deria bau, rasa dan dengar
5. melancarkan peredaran darah
6. memperbaiki daya ingatan
7. menghilangkan gejala2 penyakit seperti alahan dan sakit kepala.
8. memperbaiki kadar gula darah & tekanan darah.
9. memperbaiki fungsi hati & buah pinggang
10. meningkatkan daya tahan tubuh.

TERAPI DETOKS YANG PALING TUA.
Puasa.

-----Puasa memang merupakan proses detoks yang paling efektif dan semula jadi. Bagaimanapun pola pemakanan kita yang tidak menentu dan tidak teratur menjadikan tubuh badan kita ni "tong penyimpanan toksid bergerak". Apatah lagi tanpa sedar ada masanya bulan puasa menjadi bulan pesta makanan berminyak, berlemak dan bergula.Jadi, mahu atau tidak kita perlukan juga satu bahan yang boleh membantu kita mengorek dan mengeluarkan bahan2 yang sudah lama tersimpan tu.
Apakata kita cuba INTE-CLEANSE dari DCL. Saya ada juga makan suplemen ni. Senang je makannya sebab dia dalam bentuk kapsul. Di samping berpuasa, dengan mengambil suplemen ni, selain dapat membersihkan usus, ia juga dapat membina usus, melawaskan pembuangan najis dan melegakan sembelit. Malah, bagi sesetengah pengguna, macam2 lagi faedah sampingan yang dia orang dpt. (maklumat lanjut di www.seripesona.com / kedai-e.net)