Showing posts with label celoteh guru ini. Show all posts
Showing posts with label celoteh guru ini. Show all posts

Wednesday, November 18, 2009

satu pengembaraan bersama




nurul menulis.....

lama betul tak menulis ni. camne pun aku nak share 1 idea yg biasa2 je tapi rasanya berguna untuk semua.

MENGEMBARA / NAIK KERETA API SECARA ROMBONGAN.

Rombongan dan sekolah! 2 perkataan yg berkait-rapat. Tak kira le setua / semuda mana kita, masing2 ada kenangan sendiri tentang rombongan. Macam dah jadi 1 kelaziman lak, asal hujung tahun je, mesti ada rombongan dan pesertanya .......sapa lagi..........murid2 Tahun 6. Jadi aku nak ceta le sikit pasal rombongan ni.
Semalam (17 NOV 2009), sekolah aku buat rombongan. Pergi KL. Ala............. pergi KL je?
Nanti...tak habis ceta lagi. Bukan pergi naik bas tau, naik kereta api. Pusing2 KL pun naik yg seangkatan dgnnya. Jadi, semalam secara rasminya, anak2 murid aku dah naik semua pengangkutan awam yg berasaskan kereta api ni.
Route yg kita org ambil

SK LAMBOR KANAN --------> STESEN KRT API IPOH --------------> KL SENTRAL
STSN MONORAIL : KL SENTRAL ------------------> TITIWANGSA
STSN LRT STAR : TITIWANGSA ---------------------->MASJID JAMEK
STSN LRT PUTRA : MASJID JAMEK ---------------------> KLCC
MELAWAT PETRONAS TWIN TOWER SKYBRIDGE.
STSN LRT PUTRA : KLCC -------------> KL SENTRAL
KL SENTRAL -------------> STSN KRT API IPOH ----------------> SK LAMBOR KANAN
JADI TENGOK LE GAMBO2 KITA ORG.

Tuesday, May 19, 2009

SELAMAT HARI GURU

nurul menulis:
Lama juga tak menulis. Maaf ada hal peribadi yang tiba - tiba menghalang.
Rasanya tak terlewat untuk mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua rakan seperjuangan.
16 Mei
- satu tarikh yang telah diangkat sebagai HARI GURU. Setiap tahun, pelbagai bentuk sambutan dirancang dan biasanya aku akan terlibat juga. Sepanjang tempoh perkhidmatan ini, aku telah menyambutnya sebanyak 17 kali termasuklah tahun ini tetapi biasanya aku hanya menganggap sambutan HARI GURU sebagai satu hari di mana aku memperbaharui ikrar dan janjiku kepada anak - anak didik.
Camne pun, tiba - tiba aku tersedar, rupa2nya kehadiran aku selama ini meninggalkan kesan yang mendalam ke atas anak2 didikku. Biar bagaimanapun emosiku, bagi anak2 didikku - aku seorang guru yang ceria. Alangkah besarnya kesan perkataan itu kepada aku. Biarpun sekadar suka2 tetapi anak - anak kecil ini sentiasa tulus dan ikhlas. Biar bagaimana nakal pun mereka, mereka sebenarnya prihatin terhadap guru - guru mereka. Semalam, anak2 didik ini merasa susah hati bila melihat aku susah hati. Bila pulang ke rumah dan duduk bersendirian, aku terfikir........"alangkah kejamnya aku pada mereka. apalah yang mereka tahu? mereka cuma kanak2 yang menanti untuk dicorak masa depannya oleh aku dan rakan2 seperjuanganku yang lain."
Maka, aku pun teringatkan satu sajak yang ditulis oleh Khalil Gibran, seorang penyair terkenal dari Lubnan.

CHILDREN
You may give them your love but not your thoughts,
For they have their own thoughts;
You may house their bodies but not their souls,
For their souls dwell in the house of tomorrow;
Which you cannot visit; not even in your dreams.
You may strive to be like them, but seek not to make them like you.
For life goes not backward, nor tarries with yesterday.
Khalil Gibran
Lubnan : 1883 - 1931