Mmmm...pejam celik pejam celik...cuti sekolah pun datang lagi. Pening lak rasanya memikirkan aktiviti - aktiviti yang boleh dilakukan oleh anak2ku. Walaupun macam2 yg boleh dilakukan tp suka ke tak suka, nk kena juga fikirkan bab masa, kewangan (kos) dan lain2 perkara. Nmpknya kena senaraikan dulu la ni baru boleh dipost ke sini kan...
Sunday, November 20, 2011
CUTI SEKOLAH PUN DATANG LAGI
Saturday, February 12, 2011
Monday, August 9, 2010
Ramadhan
nurul menulis lagi hari ini : 9 Ogos 2010
mmm....lagi dua hari je umat Islam di seluruh dunia bakal menyambut kedatangan Ramadhan al-Mubarak...bulan yang penug berkat & rahmat....
nampaknya tahun ni sama je macam tahun lepas....bermula la episod berulang-alik ku
Parit - Seri Iskandar - SK Lambor Kanan - Seri Iskandar - Parit
bunyinya amat meletihkan dan hakikatnya begitulah tapi kerana dua insan istimewa ni takpe la...cuma sekali dlm setahun je....biasanya aku & famili memang sibuk...
semoga aku & famili dilindungi Allah dlm perjalanan kami nanti.
DIPAPARKAN OLEH : Azli Nurul Fitri
Ikuti CERITA KAMI tentang : rasa hati
Saturday, May 1, 2010
Aminah main bola jaring
nurul menulis lagi :
salam semua...
hari ni (01 Mei 2010), kami bawak aminah pergi pertandingan bola jaring peringkat negeri anjuran PASTI Perak di Manjung. Naik berasap menunggunya. Maklumlah dari pukul 8 pagi hingga ke pukul 5.30 petang. Inah (panggilan manja Aminah) & kawan2nya jangan cakap le....muka masing2 dah berminyak2. Cuma yang peliknya budak2 ni....sorang pun tak tahu letih. Bersemangat je dari pagi hingga ke petang. Mak bapak je yang naik berasap, hangat pijo (pijar) duduk dalam dewan tu. Camna pun bangga gak sebab pasukan inah dapat jadi naib johan. Alhamdulillah....dapat gak hadiah kan. Lepas tu.......jangan tak tahu.....siap ada hadiah untuk pemain terbaik tau. Kasut sepasang, warna pink lagi. Yang bestnya budak2 ni dia bukan tahu nak jeles ke apa ke.....buat selamba je..... macam biasa mak bapak & cikgu2 yang lebih2. Bagaimana pun memang best...tengok budak2 umur 5 dan 6 tahun main bola jaring, penuh gaya & penuh cerita sesuai usia. Anyway, gambar2 akan menyusul nanti.
DIPAPARKAN OLEH : Azli Nurul Fitri
Ikuti CERITA KAMI tentang : aktiviti keluarga