Saturday, June 20, 2009

Dia pun pergi.................

nurul menulis:-

hanya beberapa hari lepas, aku mendapat khabar tentang seorang sahabatku tetapi kini Kak Chom telahpun pergi. Beliau telah meninggal pada hari Khamis (18 Jun 2009). Tiada perkataan yang dapat menggambarkannya kecuali Al Fatihah saja yang dapat ku hadiahkan kerana pastinya kita semua akan menyusulnya pada satu hari nanti.
Takziah buat keluarga allahyarhamah.

Monday, June 15, 2009

Disapa kenangan - Maktab Perguruan Kota Bharu, Kelantan.

nurul menulis:-

hai... lama betul tidak mendengar khabar berita teman2 seperjuangan semasa di maktab. Sebaik saja masing2 ditempatkan ke daerah / negeri yang berasingan, lama - kelamaan hubungan kami pun terputus begitu saja. Walaupun pada mulanya, hubungan itu dikekalkan tetapi kesibukan masa dan tuntutan kepada perkara yang berbeza menjadikan kami terpisah.
Kadang2 hati terasa juga rindu pada teman2 tetapi entahlah..... pelbagai perkara, peristiwa dan tugas yang dipikul menyebabkan hasrat itu terkubur begitu saja.Camna pun semenjak rajin berblog ni, aku rasa terpanggil lak untuk mencari teman2 lama berdasarkan nama mereka melalui internet. Ramai gak yang aku temui cuma ..........rasa ganjil lak nak menghubungi mereka. Maklumlah, masing2 dah berkeluarga. Sukar nak membayangkan apakah reaksi mereka jika aku menghubungi mereka.
Entah camna, satu hari tu aku terjumpa satu blog yang mengandungi nama kawan sekelasku semasa di maktab dan yang bestnya siap ada shoutbox. Aku pun apa lagi, tinggalkan pesanan le. Saja bagi semangat kat kawan.Tak sangka lak dia ingat kat aku ni dan siap bagi no tipon lak.
Hari ini selepas 16 tahun tidak mendengar suara, kami berbual dan tak sangka perbualan kami ini satu perbualan yang membawa berita sedih. Seorang rakan dan teman sekelas kami sedang nazak melawan kanser pangkal rahim. Mazlifah atau lebih mesra dengan panggilan Kak Chom sedang bertarung nyawa. Hanya bacaan doa dan Yassin saja yang dapat dibuat bagi meringankan bebannya.
Bagi semua teman diluar sana, andai terbaca blog ini dan masih mengingati saya : Yong/Nurul, hntrkan emel anda ke azlinurul@gmail.com. Pada masa yang sama, bacakanlah Yassin untuk teman kita.

JEREBU? SESAK NAFAS? ADA ASMA?

nurul menulis:-

hua...hua...tolong! Panas betul cuaca sekarang ni. Rasa macam nak duduk dalam peti ais atau bilik sejukbeku je. Ok! Ok! Bawa bertenang. Panas camni ujian sebenarnya. Macam gak hujan yang turun tak berhenti. Dah dapat selesema pulak. Hai! Banyak betul rungutan kita kan? Panas sangat salah, hujan turun tak berhenti pun salah. Laa....namanya pun manusia. Tentulah macam - macam ragam kan.
Camne pun sebut pasal panas yang melampau dan jerebu serta kesan2 El-Nino ke atas kita,sedar tak kita sesuatu? Kita ni termasuk dalam kategori sihat. Cuma lihat keliling! Bayangkan orang yang sakit - sakit yang tak berkait dengan pernafasan tu, kira ok le tapi kalau sakit ASMA / LELAH, camne? Mahu menggolek menahan sesak nafas dalam cuaca sekarang yang kering berjerebu ni. Tinggal dan kerja lak kat tengah2 hutan batu macam KL.
Jangan risau, ada jalan penyelesaiannya iaitu minum air masak. Sembuh sepenuhnya takle tapi ni kira pelan kecemasan le. Cuma lecehnya minum air masak ni takde kesan sangat. Setakat melegakan gitu2 je.
Jadi,jeng....jeng.... kita minum le air Oxy-pi keluaran DCL. Sedap dan yang paling penting tinggi kandungan oksigennya. Maklumle kita ni bernafas secara semula jadi (belum pakai alat pernafasan le), nak tak nak, udara2 yang kotor pun kadang2 terhirup sama. Akibatnya tersumbatlah saluran darah kita. Orang yang sakit lelah le yang paling teruk sekali bila berlakunya pencemaran udara ni.
Beginilah, jika anda seorang penghidap asma / lelah terutama yang alergi terhadap habuk, debu, perubahan cuaca yang mendadak; dapatkanlah air Oxy-pi DCL yang tersedia di dalam botol mudah bawa dan jinjit. Lepas tu, botol tu bolehle dikitar-semula.
Berminat? Nak tahu cara guna? E-melkan pertanyaan anda ke azlinurul@gmail.com atau lawati laman web (kedai-e) atau (seri pesona).
SELAMAT MENCUBA!