Monday, June 15, 2009

Disapa kenangan - Maktab Perguruan Kota Bharu, Kelantan.

nurul menulis:-

hai... lama betul tidak mendengar khabar berita teman2 seperjuangan semasa di maktab. Sebaik saja masing2 ditempatkan ke daerah / negeri yang berasingan, lama - kelamaan hubungan kami pun terputus begitu saja. Walaupun pada mulanya, hubungan itu dikekalkan tetapi kesibukan masa dan tuntutan kepada perkara yang berbeza menjadikan kami terpisah.
Kadang2 hati terasa juga rindu pada teman2 tetapi entahlah..... pelbagai perkara, peristiwa dan tugas yang dipikul menyebabkan hasrat itu terkubur begitu saja.Camna pun semenjak rajin berblog ni, aku rasa terpanggil lak untuk mencari teman2 lama berdasarkan nama mereka melalui internet. Ramai gak yang aku temui cuma ..........rasa ganjil lak nak menghubungi mereka. Maklumlah, masing2 dah berkeluarga. Sukar nak membayangkan apakah reaksi mereka jika aku menghubungi mereka.
Entah camna, satu hari tu aku terjumpa satu blog yang mengandungi nama kawan sekelasku semasa di maktab dan yang bestnya siap ada shoutbox. Aku pun apa lagi, tinggalkan pesanan le. Saja bagi semangat kat kawan.Tak sangka lak dia ingat kat aku ni dan siap bagi no tipon lak.
Hari ini selepas 16 tahun tidak mendengar suara, kami berbual dan tak sangka perbualan kami ini satu perbualan yang membawa berita sedih. Seorang rakan dan teman sekelas kami sedang nazak melawan kanser pangkal rahim. Mazlifah atau lebih mesra dengan panggilan Kak Chom sedang bertarung nyawa. Hanya bacaan doa dan Yassin saja yang dapat dibuat bagi meringankan bebannya.
Bagi semua teman diluar sana, andai terbaca blog ini dan masih mengingati saya : Yong/Nurul, hntrkan emel anda ke azlinurul@gmail.com. Pada masa yang sama, bacakanlah Yassin untuk teman kita.