Thursday, January 14, 2010

Renungan bersama 1

nurul menulis.....

dalam keadaan yang sibuk2, kita kadang2 terlupa bahawa kita perlukan kata - kata dorongan dari orang sekeliling tetapi jika tiada, carilah ia di dalam kitab Allah. Camna pun nak kongsi kata2 ingatan ni dengan semua.

BERFIKIRLAH!

Perbuatan berfikir membawa tuah;

Perkataan berfikir berperibadi bermaruah;

Perancangan berfikir hidupnya mewah;

Bijaksana berfikir martabatnya bertambah;

Tajam berfikir selesai masalah;

Tanpa berfikir menyesal tak sudah;

BERFIKIRLAH DENGAN MUNASABAH!


Monday, January 11, 2010

Serupa tak sama : Sama tak serupa



nurul menulis.....
mmm...Hari raya selalu jadi medan pertemuan kaum keluarga saya. Camne pun yang bestnya, masa hari raya haji baru2 ni, satu perkara tak terduga berlaku. Walaupun perkara ni biasa je tapi bila tengok sesuatu yg sangat hampir, kita jadi kagum pada kuasa Allah.

Sunday, January 3, 2010

Berehat2 di The Lost World of Tambun



















nurul menulis....
cuti kali ni kita org tak pergi jauh, cuma berehat2 di Lost World je. Entrance fee ke sini :
RM 30 (dewasa = 12 thn ke ats) & RM 24 (kanak2 = 12 thn ke bwh). Ada 4 permainan yg percuma tp masa kita org datang, 2 je yg boleh guna. 2 pmainan lg under maintainance. Anak2 aku le yg sukanya. Semua nk dibuatnya termasuk le main gelunsur air tu. Inah pun nak ikut yong & ngah naik gelunsur. Last2 mak gak yang letih.