Thursday, April 22, 2010

JERUK MAMAN

Salam semua............
mmmm..........kali ni nak kongsi pasal satu resepi tradisi lak. Ramai orang tahu tentang jeruk maman tapi mungkin gak ramai yang tak pernah makan. Masa duduk di Kelantan, selalu gak nampak orang jual kat Pasar Siti Khadijah (Pasar Bulat) tapi agak berbeza dari yang mak aku selalu buat. Ni resepi mak aku le.

Bahan - bahan:

Sayur maman - dipotong mcm potong bayam
Nasi - ikut kesesuaian le
Garam kasar - ikut kesesuaian gak (bancuh ngan air masak tau)
Air masak / suam - secukupnya (agak2 hapus maman tadi)

Cara2 membuatnya:
Gaul maman yg telah dipotong, nasi, garam rata2 di dalam mangkuk.
Masukkan ke dalam botol / bekas bertutup.
Tuangkan air hingga hapus maman.
Simpan selama 24 jam atau lebih.

jadi selamat mencuba.

psss.... jeruk maman ni dimakan dengan kepala kukur & cabai burung yg ditenyeh ke dlmnya. Best hingga menghirup kuah, tambah2 kalau ada ikan rebus goreng.

Bertemu teman2

Salam.....
lama benar jari - jemari ini tidak menulis di dada blog ni kan. Mmmmm.......banyak yang telah berlaku. Lebih kurang sebulan yg lalu, aku telah menyertai laman sosial yg mjadi sebutan seantero dunia iaitu MUKABUKU (FACEBOOK). wAH.....rasa cam tak caye je. ramai kawan2 zaman sekolah (rendah - menengah), zaman maktab dan juga zaman bekerja ni aku jumpa balik. ish...ish...cam tak percaya. bagaimanapun aku gembira bertemu semua rakan2ku. Mungkin fizikal tak sama tapi hati yg baik & budi yang manis tetap sama macam dulu. malah lebih mesra krn akhirnya di penghujung hari ini kami menyedari bahawa kami saling melengkapi walaupun tanpa sedar.

Thursday, January 14, 2010

Renungan bersama 1

nurul menulis.....

dalam keadaan yang sibuk2, kita kadang2 terlupa bahawa kita perlukan kata - kata dorongan dari orang sekeliling tetapi jika tiada, carilah ia di dalam kitab Allah. Camna pun nak kongsi kata2 ingatan ni dengan semua.

BERFIKIRLAH!

Perbuatan berfikir membawa tuah;

Perkataan berfikir berperibadi bermaruah;

Perancangan berfikir hidupnya mewah;

Bijaksana berfikir martabatnya bertambah;

Tajam berfikir selesai masalah;

Tanpa berfikir menyesal tak sudah;

BERFIKIRLAH DENGAN MUNASABAH!


Monday, January 11, 2010

Serupa tak sama : Sama tak serupa



nurul menulis.....
mmm...Hari raya selalu jadi medan pertemuan kaum keluarga saya. Camne pun yang bestnya, masa hari raya haji baru2 ni, satu perkara tak terduga berlaku. Walaupun perkara ni biasa je tapi bila tengok sesuatu yg sangat hampir, kita jadi kagum pada kuasa Allah.