Sunday, April 26, 2009

kerja tanganku










nurul menulis:-
kadang2 tu bosan gak ler asyik mengadap buku dan pen je. Letih tau. Bunyinya memang le senang. Ala...ajar je ler apa2 pun tapi kalau bebudak tu tak dapat, botak gak le rasanya kepala ni, jadi.........jeng...jeng....aku pun apa lagi.Cari hobi baru le. Mana tahu dapat menjana ekonomi. he...he...
Mari menjahit; menjahit manik ke baju aa....aa....
jahit manik ke baju.
Maka, gambar2 tu le saksinya. Walaupun tak banyak tapi kira puas hati sebab aku yang menjahitnya.

Wednesday, April 8, 2009

JALAN - JALAN KE PERLIS 3


nurul menulis:-

Mmmm...kenyang sungguh malam tadi. Alhamdulillah. Hari ni anak2 bising nak pergi melawat Gua Kelam. Anak2 aku ni memang "adventurous" bebudaknye. Orang kalau pergi berjalan2 nak pergi tempat yang selesa dan relak tapi anak2 aku ni cukup suka pergi ke tempat yang mencabar. Cuma ada masanya dia orang boleh ajak aku dan cik abang aku pergi ke muzium. Kami memang selalu pergi muzium. Muzium ni kiranya dah jadi satu tempat wajib untuk dilawat.
Apapun, akhirnya berjaya gak kita orang sampai di Gua Kelam. Wah... ada tempat mandi rupanya. Si kecik aku pun apa lagi, sibuk nak mandi. Sekarang ni Gua Kelam ni ada dua. Satu merupakan laluan asal yang terdapat stalaktit dan stalagmite dan satu lagi memaparkan kawasan di mana aktiviti perlombongan dijalankan. Kita orang pergi ke Gua Kelam yang asal.
Fuh...jauh jugak le kena menapak melalui jambatan yang ada tu. Rasa2nya pergi balik tu dekat le 1 km.
Camne pun yang menariknya ialah rupa2nya Gua Kelam ni merupakan laluan penduduk dari Kaki Bukit ke Wang Kelian dan sebaliknya. Ia juga merupakan pusat perlombongan bijih timah bukit. Kalau tak silap, Gua Kelam ni merupakan tempat yang kedua di dunia yang menjalankan perlombongan bijih timah bukit ni. Selebihnya biar le gambar2 yang aku upload ni bercerita ya.
end of part 3.




Saturday, April 4, 2009

JALAN - JALAN KE PERLIS 2


nurul menulis:-
Nak berjalan ke Perlis ni, kalau tak ada hal memang tak sampai. Maklumle jauh ke utara. Aku pun takle begitu tergoda beno dengan ceta kawan2 pasal tempat shopping yang ada kat sini. Padahal, aku tahu tentang Padang Beso (Besar) dari kecik lagi. Lepas je kenduri kahwin si Farhana tu, aku dan keluargaku pun pusing2 le cari hotel. Mencabar le kononnye. Mula2 tu pergi Kuala Perlis, takde hotel kosong. Cik abang aku kata, "jom kita pusing le dulu". Anak aku yg paling kecik siap tambah ayat abahnya "Ala... kalau takde hotel, kita tido je dalam kereta. Takpun balik je hari ni. Pusing punya pusing, lepas le ke Padang Besar. Rugi lak tak ambik gambo. Anak2 aku dah bising - maklumle dah panas dan melekit2. Jadi kita orang patah balik ke Kangar untuk cari hotel. Dalam perjalanan tu singgah le kat satu tempat tu, ambik gambo burung unta. Nak tergelak pun ada. Siap panggil burung tu, suruh datang posing dengan kita org.
Camne pun part paling best, waktu malamnya. Lepas dapat bilik hotel, malamnya kita orang pergi ke Kuala Perlis. Saja nak tengok "night-life" kat situ. Wah! Meriah dengan gerai - gerai makan. Jadi.....apalagi.....makan le. Dah namanye tepi laut, tentu le makanan yang paling top - makanan laut seperti ikan, udang, sotong. Fuh! Gayat sungguh tengok orang yang datang makan tu. Naik penuh meja dengan macam2 makanan. Camne pun part yang paling best masa udang goreng tepung kita orang sampai. Terperanjat masing - masing dibuatnya. Kenapa? Haa....tengok je gambar yang aku upload naik ni. Besar udangnye. Selalunya kalau makan hidangan camtu, tak le sebesar tu udangnya tapi kali ni......... fuh...besar. Alhamdulillah.
end of part 2.

Thursday, April 2, 2009

JALAN - JALAN KE PERLIS 1

Nurul menulis:-

Cuti sekolah memang masa yang paling best. Dapatle merehatkan otak dalam sehari dua. Camne pun semasa cuti sekolah yang lepas, akhirnya ..........ye! ye! dapat pergi Perlis. Ni yang teruja sgt ni bukannye apa. Lepas ni bila tengok peta Malaysia, bolehle kata camni. "Mmm..... Sabah dan Sarawak je yang tak sampai lg."
Anyhow, yang bebenonye pergi ke Perlis ni sebab kenduri kahwin kawan. Dia ni cikgu kat sekolah cik abang aku. Jadi tima kacih le ye Farhana. Ni akak letak gambar kamu dan cik abang kamu masa hari kenduri tu.
end of part 1