Wednesday, April 8, 2009

JALAN - JALAN KE PERLIS 3


nurul menulis:-

Mmmm...kenyang sungguh malam tadi. Alhamdulillah. Hari ni anak2 bising nak pergi melawat Gua Kelam. Anak2 aku ni memang "adventurous" bebudaknye. Orang kalau pergi berjalan2 nak pergi tempat yang selesa dan relak tapi anak2 aku ni cukup suka pergi ke tempat yang mencabar. Cuma ada masanya dia orang boleh ajak aku dan cik abang aku pergi ke muzium. Kami memang selalu pergi muzium. Muzium ni kiranya dah jadi satu tempat wajib untuk dilawat.
Apapun, akhirnya berjaya gak kita orang sampai di Gua Kelam. Wah... ada tempat mandi rupanya. Si kecik aku pun apa lagi, sibuk nak mandi. Sekarang ni Gua Kelam ni ada dua. Satu merupakan laluan asal yang terdapat stalaktit dan stalagmite dan satu lagi memaparkan kawasan di mana aktiviti perlombongan dijalankan. Kita orang pergi ke Gua Kelam yang asal.
Fuh...jauh jugak le kena menapak melalui jambatan yang ada tu. Rasa2nya pergi balik tu dekat le 1 km.
Camne pun yang menariknya ialah rupa2nya Gua Kelam ni merupakan laluan penduduk dari Kaki Bukit ke Wang Kelian dan sebaliknya. Ia juga merupakan pusat perlombongan bijih timah bukit. Kalau tak silap, Gua Kelam ni merupakan tempat yang kedua di dunia yang menjalankan perlombongan bijih timah bukit ni. Selebihnya biar le gambar2 yang aku upload ni bercerita ya.
end of part 3.