Wednesday, March 18, 2009

Bertemu sahabat lama



Bertemu lagi.

Agak2nya berapa ramailah dari kita yang secara tak sedar telah terputus hubungan dengan kawan - kawan lama. Kawan sekolah rendah / sekolah menengah, kawan kolej / maktab, kawan sekerja dan lain2. Camne pun satu panggilan telefon dari seorang sahabat lama telah membawa saya dan keluarga ke Melaka pada bulan Disember 2008. Hasilnya...... saya telah menemui seorang sahabat yang telah lama terpisah. Saudara Rosli Norazam. sahabat sebantal saya semasa kami sama - sama di Maktab Perguruan Ipoh Jln Dairy, Ipoh, Perak. Cuma gambar je yang dapat menceritakan betapa gembiranya masing2. Siap bergambar dengan anak2 sekali.